Saturday, August 30, 2008

Alkisah duit...


Suatu hari , dalam sebuah bank ternama, duit seringgit telah bertemu dengan duit 50 ringgit. Duit seringgit pun bertanya, " Oii... lama tak nampak, mana engkau pergi?'

Duit 50 ringgit pun menjawab, "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik STAR CRUISE, pergi Kota Kinabalu naik Air Asia, lepak One Utama, tengok konsert AF, Malaysian Idol, pergi Genting, main boling... tempat-empat macam tulah. Eh, engkau macamana pulak, mana engkau pergi?"

Duit seringgit menjawab perlahan sambil menundukkan kepalanya, "Hmm... biasalah... balik-balik tempat sama... surau, masjid, surau..."

Saturday, August 23, 2008

"DOUBLE TREBLE"


Semalam (23 Ogos 2008), skuad bolasepak Kedah terus mencipta sejarah dengan menjulang Piala Malaysia, piala keenam dalam tempoh 2 tahun. Kedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara dengan mempertahankan Piala Malaysia selepas menumpaskan selangor 3-2 dalam final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Sebelum ini juga Kedah telah berjaya mempertahan mahkota kejuaraan Liga Super dan Piala FA. Gol-gol Kedah dijaringkna oleh Marlon Alex James(32), Nelson San Martin(33) dan Fadly Baharom(38), manakala gol saguhati Selangor dijaringkan Frank Seator(18) dan Safee Sali(75).


Terima kasih "Awang Import"


Kemenangan malam tadi juga merupakan hadiah perpisahan bermakna buat 3 tonggak import Kedah. Mereka akan meninggalkan pasukan Kedah selepas FAM membuat peraturan baru yang menghalang pemain import beraksi dalam Liga Malaysia pada tahun hadapan. Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Cornelius Bernard Huggins merupakan pemain import terbaik yang terdapat di Malaysia ketika ini. Terima kasih diatas jasa dan sumbangan anda kepada pasukan hijau kuning. Diucapkan selamat maju jaya bersama pasukan baru pada tahun depan.



Kedah Bolot Anugerah Bolasepak Kebangsaan

Seumpana petanda kejayaan Kedah semalam, Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus 2007/2008 yang diadakan petang sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia juga di dominasi oleh pasukan Kedah. 7 daripada 10 kategori anugerah utama di bolot oleh pemain dan jurulatih pasukan Kedah. Berikut adalah senarai pemenang anugerah tersebut:



<>