Laporan polis ke atas 'de factor leader' Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa minggu yang lalu membuat saya mengimbau kembali kenangan pada tahun 1998. Politik negara menjadi kacau-bilau. Umat Melayu berpecah-belah, demonstrasi silih berganti, teriakan "REFORMASI" bergema dimana-mana. Adakah dengan laporan polis itu, semua ini bakal berulang kembali? Natijahnya sekarang kita lihat politik negara kita sudah menjadi sangat kotor. Akuan bersumpah (Statutory Declaration) sudah menjadi bahan mainan. Sekejap sumpah, sekejap tarik.. dan tiba-tiba hilang entah ke mana.
Bukan niat saya hendak menyokong mana-mana pihak dan menentukan siapa yang benar, siapa yang salah. Namun terfikirkah kita semua senario terkini politik negara kita memberi impak yang cukup besar kepada negara. Saya pasti masyarakat luar sedang mentertawakan kita, negara yang tak habis-habis dengan kontroversi dan konspirasi. Pelabur-pelabur pasti tidak mahu melaburkan wang mereka di sini jika suasana politik yang kelam kabut sebegini. Malah pelabur sedia ada juga mungkin angkat kaki mencari tapak yang lebih stabil.
Berbalik kepada kes Anwar, Saiful Bukhari dakwa dia diliwat, Anwar dakwa menjadi mangsa konspirasi, Raja Petra dakwa (akuan bersumpah) Rosmah telibat pembunuhan Al-Tantuyaa, Bala dakwa Najib kenal Al-Tantuyaa (kemudian tarik balik), Najib dakwa semua itu bohong. Entahlah, semua ni makin memeningkan kepala jika difikirkan siapa sebenarnya yang betul. Baru-baru ini Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia. Namun saya tidak fikir ianya dapat menyelesaikan hal 'siapa yang betul' itu. Yang pasti di antara pihak yang menuduh dan pihak yang dituduh salah satunya pasti telah berbohong dan menfitnah. Jika sudah berani melakukan dosa sebegini besar, adakah 'mereka ini' takut untuk sekali lagi menambah dosa dengan bersumpah.. waimma dengan nama Allah? Seperkara lagi bermubahalah seperti ini hanya berlaku oleh mereka yang beriman sahaja. Mereka yang percaya kepada sumpah. Mereka yang tidak beriman tidak akan percaya kepada sumpah. Jadi suruhlah bersumpah walaupun sejuta kali pun mereka akan lafazkan. Kerana bagi mereka sumpah seperti itu tidak memberi apa-apa kesan.
Walau apapun bagi saya bermubahalah ini tetap suatu yang baik. Biarlah ianya menjadi urusan mereka dengan Allah kerana apabila bersumpah mereka akan menyatakan siapa yang bersalah akan dilaknati Allah. Mungkin ini jalan terbaik menjawab persoalan yang timbul. Akhirnya Allah pasti menunjukkan siapa betul dan siapa salah. Jika tidak esok, mungkin lusa, mungkin tahun depan, mungkin 10 tahun lagi dan pasti di akhirat kelak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment