Semalam berpusu-pusu hamba rakyat jelata ke pejabat-pejabat pos seluruh negara.. mengharap wang ihsan kerajaan, kononnya menampung subsidi minyak yang ditarik.
RM 625 untuk
SETAHUN.
mungkin bagi sesetengah orang jumlah itu cukup besar untuk menampung kos minyak selama SETAHUN. Namun, hakikatnya jumlah itu belum memadai untuk menampung kenaikan harga minyak setinggi 41% baru-baru ini. Ditambah dengan kenaikan mendadak harga semua barang keperluan, peningkatan kos sara hidup semakin dirasai. Sini naik, sana naik... gaji tak naik-naik juga.
Bapak-bapak menteri begitu mudah berkata-kata...
"ubah cara hidup kita..."
"berjimat cermatlah sekalian rakyat..."
"makanlah keledek ganti beras...
Cuba kita minta bapak-bapak menteri tersebut makan keledek selama sebulan. Baru tahu akan realitinya.. Tetapi mana mungkin mereka ini sanggup mengubah cara hidup mereka. Sebulan pendapatan mereka, 2 tahun gaji kita. Akhirnya kita rakyat jelata yang tetap menanggung sengsaranya.